Tuesday, June 21, 2011

kiSaH AkU...

12 mac 1990....
ak mula dilahirkan di dunia ini...
bagaikan kain putih yang suci, ak mula mencorakkan warna2 kehidupan aku dengan seni ak sendiri.
pelbagai jenis manusia yang ak kenali....
pelbagai jenis ragam yang telah ak tempuhi..
dan ak tahu...paling susah untuk ak puaskan ialah ragam kehidupan ak sendiri....

bermula dengan tahun satu...ketika umurku 7 tahun...
terasa zaman kecil aku itu begitu menyeronokkan....
tidak perlu untuk aku menjaga hati dan perasaan org lain, 
kerna ak sendiri kurang faham akan perasaan dan hati sendiri.....
yang ak tahu...berseronok dan ketawa..bergaduh dan menangis.......

dan..yang paling ak ingt..ketika usia kecilku itu..
abah telah mengajar ak erti kehidupan...
ya...semua orang ada kehidupan..tapi bagaimana rentaknya???
abah memulakan rentak kehidupan ak dengn mengajar ak apa itu ISLAM....
Islam mengajar ak menjadi manusia yang berguna.....
lima rukun iman dan enam rukun islam telah tersemat dalam kepalaku....
tapi bukan hatiku...
ak hanya kanak2 yang tahu tanpa memahami........
apa rukun islam; dan dgn bangganya ak menjawab
mengucap dua kalimah syahadah....
sembahyang lima waktu
menunaikan zakat
puasa di bulan ramadhan dan
menunaikn haji
lancar di lidah tapi kosong tanpa makna di hati.

dengan itu ak mula mengerjakan suruhan itu.
bangkit dan gigih untuk mengerjakan solat
tahan dan sabar untuk berpuasa di bulan ramadhan....
ak cuba menunaikan amanah itu dengn sebaiknya, tapi
ada ketikanya ak lalai...
terlalu asyik dengn kegembiraan dunia pinjaman ILLAHI ini.....

masa semakin meninggalkan aku....
usia semakin memamah jasadku...
dan kini ak berusia 21 tahun...
Alhamdulillah...
ak masih lagi hidup dengn izin ALLAH.....
telah banyak corak yang aku lakarkan di atas kanvas kehidupan aku.
ada yang berguna...
dan ada yang ketika aku sedar ia tidak begitu indah....
tetapi adakah aku segera memadamkannya dosa aku itu..
hanya Dia yang tahu.

ak hanyalah manusia bukan nabi....
ALLAH maha mengetahui...lagi mengetahui dosa-dosa yang telah ak lakukan tanpa ak mengetahuinya....

pada ketika ini..telah banyak persoalan2 di waktu kecilku terjawab..
dan ak mula memahami dengan hati apa itu islam....
tanggungjawab aku pada ALLAH besar, melebihi segala-galanya

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN MELAIKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH...

ak diajar membaca al-Quran seawal usia kecilku,
mengenal alif ba' ta' dalam paksaan.
membaca basmallah tanpa keihklasan hati.
dan yg pasti dirotan jika salah menyebutnya.

diajarnya ak sembahyang...
setiap sujud dan ruku' diperhatikan abah dan mama....
setiap bacaan ditegurnya abah....
setiap kali ak meninggalkan solat dirotannya oleh mama...
sakit badanku tak terhinga..
teresaknya ak pada waktu itu. 
 naifnya aku,
 betul. aku tidak mengerti tindakan orang tuaku ini.

tetapi

semakin panjang usia ku..semakin ak dapat menilai tindakan abah dan mama....
YA ALLAH...ak bersyukur padaMU....
ak berterima kasih pada abah dan mama yang telah banyak mendidik ak...
dalm paksaan...dalam hiba..ak mengenal ayat-ayat suci ini...
memahami kewajipan untuk aku tunduk sujud menyembah ALLAh yang Esa
aku mula mengerti paksaan dan kesan rotan yang pernah ak rasai dahulu....
ertinya begitu indah...
ak dapat menunaikan kewajipan ku 5 hari lima waktu....
ak dapat membaca AL-Quran dengn baik.....
memahami apa maksud tersurat dan tersirat di sebalik keagungan kata-kata ALLAH ini....
amatlah ak bangga mempunyai mama dan abah yang berjaya mendidik dan mengajar aku.

ya ALLAH
Kau teguhkanlah iman dalam diriku....
kuatkanlah akidah dalam hati ku...
semoga tauhidmu menjadi landasan hidupku didunia dan akhirat...
insyaALLAH.....



No comments:

Post a Comment